MASALAH SILKSCREEN DAN PENYELESAIAN


MASALAH SILKSCREEN





1.Blok cetakan

Mesh koyak,emulsion pada design susah tanggal dan bocor

Penyebab mesh koyak

  1. Guna span terlalu kasar dan tajam.
  2. Ink pada skuji tak rata atau kurang menyebabkan ketika cetak tidak lancar.
  3. Tekan terlalu kuat ketika cuci dan cetak.
  4. Kesalahan ketika pasang mesh.


Penyelesaian

  1. Guna span yang lembut
  2. Pastikan Ink rata disemua permukaan skuji
  3. Kurangkan tekanan ketika mencuci blok dan gunakan ink yang tidak terlalu pekat gunakan cecair retarder apabila sedang mencetak.
  4. Tarik mesh sesuai keperluan dan tidak perlu terlalu tegang dan hati2 ketika memasang


Penyebab blok cetakan susah tanggal atau bocor

  1. Waktu pengeringan kurang dan terlebih disesetengah bahagian ketika penyedian blok kosong.
  2. Waktu expose blok terlalu lama atau terlalu cepat menyebabkan emulsion pada design susah ditanggalkan dan mudah bocor.
  3. Filem design pada kertas a4 tidak cukup hitam dan rapat.



Penyelesaian

  1. Pastikan ketika mengunakan hairdryer ianya tidak berada disatu tempat sahaja supaya permukaan sama-sama kering dan rata.
  2. Cari waktu yang sesuai   ketika expose jika terlalu cepat perlu lebih berhati2 jika terlalu lama gunakan tekanan air yang tinggi seting hingga sesuai keperluan.
  3. Guna kan skuji dan minyak rapatkan filem di atas blok kemudian letakan cermin diatas supaya filem sentiasa rata ketika proses expose, atau gunakan pemberat sesuai dengan meja expose masing2
  4. Gunakan printer laser jet untuk hasil yang lebih hitam dan set colour profile RGB


2.Masalah Cetakan

Cetakan tidak center,Ink tidak rata mudah tertanggal,gelembung,bayang,berbulu,merecik,meleleh,

Penyebab

  1. Tidak guna center guide dan alignment ketika set blok design atau masalah ketika memasang baju pada table menyebabkan cetakan prob.
  2. Table melengkung akibat ink tidak rata.
  3. Blok tersumbat suhu panas ink terlalu pekat .
  4. Tekanan cetakan pertama tidak sama dengan cetakan kedua,marking prob,
  5. Table glue tidak kuat,jika ink terlalu pekat menyebabkan kain melekat pada blok ketika diangkat.
  6. Kain baju yang berbulu .
  7. Penyediaan blok kurang kemas akibat blok cetakan bocor tidak gunakan solatape dibahagian sisi blok.
  8. Ink tidak kering sepenuhnya ketika proses finishing
  9. Cetakan 1 terlalu kering.

Penyelesaian

  1. Cek alignment marking buat guid line dekat table cetakan atau diatas baju buat line center letak kertas filem  a4 cek sekali lagi diatas table cetakan.
  2. Tukar table baru atau gunakan skuji yang lebih kecil angaran separuh dari design cetakan dan cetak separuh2 dan pastikan ink rata tidak ada line.
  3. Cetak semula sehingga rata keringkan kemudian gunakan kain teflon alas diatas design dan iron di atas cetakan dengan mengunakan strika.
  4. Gunakan Retarder campur dalam ink ikut sukatan yang tepat. 
  5. Lap dengan kain basah dibahagian bawah blok ,jangan terlalu basah jika terdapat air akan menyebabkan ink meleleh.
  6. Print ketika waktu tidak terlalu panas elak blok cepat kering dan tersumbat .
  7. Asingkan ink yang ingin digunakan dan tambah jika ink terlalu cair dan jika terlalu pekat gunakan retarder bancuh sesuai keperluan.
  8. Cek sekali lagi blok yang sudah siap  dengan cahaya dan gunakan jarum untuk menanggalkan bahagian emulsion yang masih ada kemudian tampal bahagian bocor dengan Sanding Sealer Lacquer, atau boleh gunakan solatape jika terdapat kebocoran di tempat yang mudah.
  9. Cek keadaan baju dan table pastikan tidak berhabuk iron baju dengan strika atau mesin heatpress sebelum cetak jika kain berbulu.
  10. Gunakan teknik Flood.
  11. Jika guna cara tekap todong pastikan blok tidak terdedah terlalu lama dan gunakan retarder.
  12. Gunakan Mesh 1000 tau 900pt untuk cetakan gold atau silver powder.
  13. Pastikan ink cetakan pertama tidak terlalu kering untuk teruskan  warna kedua.
  14. .Stelah ink rata jangan biarkan blok terlalu         lama atas baju.



No comments:

Post a Comment