TC DYE


Salam dan selamat datang ke blog jihart design,Kali ini saya ingin berkongsi tutorial ringkas iaitu
Cetak dengan mengunakan Tc Dye Di T-shirt Hitam

Seperti mana yang kita tahu Tc Dye khas untuk t-shirt terang,Sayang sekali kerana ink yang berkualiti tidak dapat diprint di t-shirt hitam

Jadi ini ada lah percubaan  mungkin harus diuji Terlebih dahulu

Jom:

Bahan2

1.Clorox
2.Emulsifier
3.Tc Dye Putih dan Merah ikut design anda jika satu warna lg mudah


1.Ini adalah langkah pertama yang anda harus lakukan campurkan dengan mengunakan sukatan simpel dengan tudung clorok iaitu satu tudung penuh emulsifier dan setengah tudung clorox kacau sebati,agak2 je,hanya sekali guna tidak boleh disimpan dan hanya  bancuh ikut berapa helai nak dicetak.

2.Print macam biasa dengan bahan yang sudah dicampurkan dan mula  mencabut warna baju hitam,tujuan untuk menaikan warna cetakan kedua

3.Keringkan dgn hairdryer dan jangan dicabut atas papan

4.Anda boleh print seperti biasa dengan mengunakan Tc dye











ini adalah perbezaan Tc dye dan Rubber Dye Hasil Tc dye sedikit pudar,Saya hanya print putih 2x, mungkin anda boleh cuba 3x untuk dapat kan hasil yang lebih cerah.Kelebihan Tc Dye Ianya Tidak mudah retak dan Tidak terlalu panas berbanding Rubber ,Setelah siap harus cuba dibasuh.Setelah saya cuba hasilnya warna merah tidak pudar dan masih ada tetapi warna putih luntur.Mungkin Harus pakai bahan reaktif dan anda tak perlu print putih.



ini adalah cetakan rubber dye sedikit timbul Untuk Rubber Dye saya cadangkan warna hitam tidak perlu dicetak kerana ianya akan terasa panas kerana sifat nya yang berada di permukaan dan menutup pori2



No comments:

Post a Comment