Silkscreen Tutorial


Salam dan selamat datang ke blog jihartdesign

Kali ini saya ingin berkongsi tutorial ringkas  cara mencetak baju atau di panggil Silkscreen di Malaysia , Sablon  di Indonesia dan Serigrafia setiap negara  berbeza sebutan  ada yang panggil Screen printing apa pun sebutan kaedah nya sama

Jom kita mulakan

Apa ja bahan yang diperlukan?.Kalau menurut saya ianya sangat banyak dan meletihkan..Jadi tutorial ini saya buat untuk meringkaskan supaya ia menjadi mudah,.ok


Rubber Dye Vs Tc Dye

Tc Dye Di T-shirt Hitam


Masalah Silkscreen

TRIK DAN TIPS SILKSCREEN

1.RUBBER DYE

Untuk permulaan beli yang botol kecik ja.
Banyak jenis brand rubber dye ni di pasaran harga dalam rm32 1kg


2.SKUJI

Untuk Ink Rubber dye sesuai guna Skuji lancip cukup lebar 9in-10 in harga dalam rm20
kebiasaan design a4 potrait lebar 8in atau a4 landscape 9in kalau kecil pun tak ada masalah..jika design nya bersaiz a3 Tinggal ratakan sahaja bahagian yang tidak kena perlu di latih supaya dapat feel yang tepat.


3.BLOK CETAKAN(BLOCK & STRETCHING)



Saiz yang biasa saya pakai 18x16in jenis 1200pt  jadi cetakan a3 10inx10in pun masih boleh diprint.
Pastikan ada sedikit ruang untuk diletakan ink, Harga dalam rm24 .kalau rajin anda boleh buat sendiri.



4.EMULSION & SENSITIZER


Sensitif terhadap cahaya,anda perlu berhati-hati setelah  disapu dan dikeringkan atas blok simpan di tempat yang gelap.harga dalam rm22 1kg  dan rm5 untuk cecair sensitizer liquid.




5.GAM MEJA(TABLE GLUE)



Disapukan di atas meja atau papan, Fungsi untuk memegang t-shirt supaya tidak bergerak, memudahkan kerja untuk cetak ulang mendapatkan hasil warna cetakan yang solid, kebiasanya bila print di t-shirt yang bewarna gelap kerana ink putih harus dicetak sebanyak 2x setelah warna pertama kering.pastikan ink yang digunakan tidak terlalu pekat.harga gam dalam rm28


6.KAD


Kad yang tidak digunakan lagi untuk meratakan emulsion pada blok.Saya tidak mengunakan emulsion coater kerana ingin mendapatkan hasil yang nipis dan waktu pengeringan yang cepat.terpulang sama ada anda ingin mengunakan coater pun tidak menjadi masalah.


7.WATER TAPE


Semburkan dengan air dan gamnya akan berfungsi, Digunakan untuk menutup bahagian tepi blok emulsion yang tidak rata.Jika anda pakai kad usahakan sapu emulsion sampai di tepi bahagian dan boleh skip bahan ni(tidak mengunakan) harga dalam rm5

8.SPATULA


Kegunaan untuk kacau sebatikan emulsion  sensitizer ,Saya beli di kedai kek  .lain lain bahan seperti gunting,pisau,sudu solatape wajib ada.

Seterusnya kerja-kerja silkscreen perlukan MEJA PRINT dan MEJA EXPOSE


PENYEDIAAN MEJA EXPOSSE

9.Cermin 2keping



1pcs diletakan di bahagian bawah dan satu lg di bahagian atas iaitu di dalam blok cetakan, untuk bahagian dalam pastikan saiz muat blok contoh blok 18inx16in jadi cermin dalam 16x14 yang penting muat.Fungsinya adalah untuk merapat kan filem artwork .


Contoh susunan pengunaan cermin dan filem artwork semasa expose.






10.SPORT LIGHT HALOGEN 500W





Perlu dicabut cermin sportlight  kemudian gantung tinggi agar cahaya kena semua bahagian emulsion dan cari waktu yang tepat untuk proses expose..

contoh saya gantung di bahagian bawah meja marking terpulang yang penting lagi ringkas lagi bagus



Jika anda mengunakan cahaya matahari anda boleh skip bahan2 di atas




Cukup minyak masak dan gunakan skuji untuk rapatkan filem artwork dalam blok terus expose dengan matahari.Kekurangan kerja2 expose tidak boleh dilakukan waktu malam.Anda boleh menyusun jadual yang sesuai mengikut keperluan anda.


PENYEDIAAN MEJA PRINT

11.PAPAN



Untuk permulaan cukup pakai papan dan dapatkan ukuran baju sekurangnya seperti gambar di bawah..


anda boleh ukur sendiri lebar dan panjang baju untuk mendapatkan saiz papan, cara ini mungkin sesuai untuk cetakan satu warna yang baru bermula,teknik ini dipanggil teknik tekap atau todong jika di Indonesia,ianya perlukan latihan dan kemahiran khas untuk cetak pelbagai warna dan jumlah cetakan yang banyak kerana ianya tidak mengunakan marking paku,marking siam,magnet dll hanya mengunakan mata untuk menekap cetakan warna seterusnya.Anda yang baru bermula mungkin perlukan meja khas jika ingin mencetak dalam bilangan baju yang banyak dan warna yang lebih dari 1,Untuk permulaan tidak ada masalah jika hanya satu warna,jika anda berminat anda boleh terus mengunakan teknik ini sehingga pro,ianya sangat efektif dan menjimatkan ruang..



PENYEDIAAN ARTWORK

12.KOMPUTER (PC)


spec pc saya tahun 2013 masih berfungsi untuk kerja 2 design.

Kerja-kerja silkscreen sangat memerlukan komputer,Tapi tidak perlu spec yang terlalu tinggi,ianya tidak banyak kerja2 taip dan design yang terlalu detail juga tidak terlalu besar.Artwork paling besar pun saiz A2  saya tidak galakan kerana ink rubber dye akan terasa panas di atas t-shirt jika design terlalu besar alternatif anda harus mengunakan ink tc dye ,plastisol atau discharge,di blog ini saya hanya fokus rubber dye,tc dye (khas t-shirt warna terang) dan semi discharge,disebabkan ink plastisol kos nya agak mahal


13.SOFTWARE & OS(operating system)


software grafik percumasistem operasi percuma

Anda boleh download percuma software dan os dan cuba boot dengan pendrive.Jika rasa ia memeningkan anda boleh terus beli buku linux  kebanyakan ianya tersedia cd percuma(live cd).Anda boleh dapatkan di mana2 kedai buku yang menjual majalah antarabangsa


jika anda mengunakan os windows cukup download software grafik inkscape


14.PRINTER



Printer model laser jet p1102,A4 saiz sudah cukup untuk artwork,untuk saiz a3 anda harus menyambung artwork .IsyAllah saya akan kongsi di next tutorial.Kelebihan printer ini artwork print sangat hitam dan ink tidak melebar.


15.A4 PAPER


Saya hanya mengunakan kertas a4 biasa kemudian disapukan dengan minyak masak untuk membuat kertas menjadi transparent.Kelebihan ianya tidak kembang jika terlalu panas berbanding tracing paper dan kos nya lebih murah


lain-lain bahan yang anda perlukan ialah

16.MINYAK MASAK
17.CLOROX(apa saja brand)
18.SABUN & SPAN (jgn terlalu tajam)
19.KIPAS
20.THINER



dan tambahan alatan jika tidak adapun no prob seperti:



21.HAIR DRYER


Jika anda dapat job urgent jika tidak boleh skip(tidak mengunakan)



22.WATER JET


Kegunaan untuk mencuci blok (recycle ),skip jika anda mengunakan bahan khas pencuci blok,boleh bertanya di kedai yang menjual peralatan silkscreen jika ada.

23.Streka
24.Kain Teflon(finishing)

berikut adalah bahan2 yang diperlukan,mungkin ada yang boleh anda kurangkan lagi

untuk proses:

PENYEDIAAN BLOK CETAKAN





  1. Print artwork mengunakan printer laser jet, untuk dapatkan hasil yang lebih sharp dan hitam saya cadangkan printer jenis laser jet.Untuk print di atas baju warna hitam artwork mesti lah di invert dan pastikan line tidak terlalu nipis,untuk selamat pastikan line artwork dalam 4px.Untuk expose di bahagian dalam blok artwork harus mirror kalau di bahagian luar tak perlu mirror.
  2. Sapu filem dengan minyak masak untuk hasil transparent
  3. Gunakan kad dan sapu emulsion yang sudah dicampurkan dengan sensitizer  pada blok.Usahakan senipis yang boleh.keringkan dengan kipas atau hair dryer .Hati2 setelah kering jangan sampai berlebihan terkena cahaya.simpan di tempat yang gelap.
  4. Letak kan filem dan ratakan dengan skuji kemudian letak cermin di bahagian bawah dan dalam blok .Proses Expose dengan lampu dari atas ketingian  anda sendiri yang tentukan janji kena di semua bahagian emulsion  dan anda harus mencari sendiri masa yang tepat kalau saya 4 minit.Bergantung pada bahan yang anda guna kan sama ada brand emulsion,ketebalan cermin ,jarak lampu,jenis lampu, artwork dan ketebalan emulsion yang anda gunakan.
  5. Tanggalkan filem dan rendam kan dengan air sehinggal lembut kemudian boleh buang bahagian emulsion yang tidak kena dengan cahaya (design anda),Gunakan paip dan sembur perlahan2.
  6. Keringkan dengan kipas atau hair dryer jika ada.
  7. Guna water tape untuk tampal bahagian luar blok yang bocor terutama di bahagian sisi blok.
  8. Sapukan bahan tambahan Hardener untuk menambah kekuatan emulsion, anda boleh skip jika jumlah cetakan tidak banyak.Kegunaan bahan ini khusus untuk print dalam jumlah yang banyak ia akan bertahan lama.Kekurangan akan menyebabkan blok yang ingin di recycle pakai ulang dicuci menjadi susah kerana emulsion yang ada pada blok menjadi keras tetapi masih boleh ditanggalkan dengan mengunakan peralatan khas water jet.


PROSES CETAKAN



  1. Sapukan gam meja cukup di bahagia design sahaja
  2. Sarungkan baju di papan dan cek alignment ikut marking
  3. Cek blok design turun dari round neck collar 3 inci bergantung pada saiz baju.
  4. Letakan ink rubber dye dan guna skuji untuk ratakan jika anda mengunakan skuji kotak pastikan lebar skuji sedikit besar dari design cetakan,Jika lancip tidak ada masalah.Untuk cetakan di baju hitam anda harus cetak 2 kali warna putih .Harus keringkan cetakan pertama kemudian ulang sekali lagi sehingga hasil menjadi solid
  5. Kering kan dengan kipas atau hair dryer 
  6. Cabut baju dari papan kemudian iron dengan kain teflon ,boleh dapatkan di kedai-kedai yang menjual sticker heatranfer tujuan supaya design tidak mudah retak dan tahan lama.Jika tidak ada pastikan cetakan betul-betul kering baru di serahkan kepada customer dan jangan dibasuh baju selepas cetak biarkan sekurangnya satu hari kering.

No comments:

Post a Comment